Mengapa kita menjadi lebih mudah untuk sakit? Kemungkinan kita mengalami penurunan sistem imun untuk melawan bakteria, virus, dan benda asing lain yang dapat menyebabkan penyakit. Kemampuan tubuh badan dalam melawan jangkitan penyakit adalah fungsi daripada sistem imun atau kekuatan tubuh. Jika sistem imun lemah, tubuh tidak dapat mempertahankan diri daripada pelbagai ancaman kesihatan. Jadi, apakah penyebab sistem imun lemah? Dan bagaimana untuk menguatkan sistem imun?
Kurangkan Stres
Semua orang pernah rasa kesan stres dalam hidup kan? Rasa sakit kepala, rasa sakit pada dada, rasa gelisah, dan perasaan marah secara keseluruhan merupakan gejala stres. Bila stres badan akan bekerja kuat sehingga badan akan letih dan melemahkan sistem imun. Jadi hindari stres dan kekal sihat.

Sumber: https://www.healthline.com/health-news/mental-eight-ways-stress-harms-your-health-082713
Kekal Aktif
Terdapat penyelidikan menunjukkan bahawa bersenam secara teratur dapat membantu fungsi neutrofil, iaitu sejenis sel darah putih yang membunuh mikroorganisma yang jahat dan dapat membahayakan kesihatan. InshaAllah, dengan kekal aktif badan akan kekal sihat.

Sumber: https://www.active.com/running/articles/4-running-workouts-that-are-under-30-minutes
Tidur yang mencukupi
Semasa kita sedang tidur, sel-sel dalam darah yang melawan jangkitan sedang bekerja untuk menjaga tubuh. Jadi, cukup tidur mampu menyebabkan tubuh bekerja efektif dalam melawan jangkitan atau kuman membawa penyakit.

Sumber: https://www.cdc.gov/diabetes/library/features/diabetes-sleep.html
Kekal Hidrasi dan Air Mencukupi
Setiap organ di dalam tubuh badan bergantung kepada air, kerana air membantu membawa nutrisi dan mineral kepada sel, dan menjaga mulut, hidung, dan kerongkong kita kekal lembap, juga untuk menghindari pelbagai penyakit.

Sumber: https://simplifaster.com/articles/hydrating-athletes-sports-drink-alternatives/
Nutrisi Yang Cukup
Pengambilan nutrisi yang sangat diperlukan tubuh badan untuk meningkatkan sistem imun. Antaranya adalah vitamin C. Vitamin C diperlukan tubuh untuk meningkatkan daya tahan tubuh, melindungi tubuh dari penyakit jantung, mata dan kedutan pada kulit. Vitamin C dapat kita perolehi daripada buah mahupun sayuran.
Namun jika daya tahan tubuh kita sedang menurun maka kita memerlukan suplemen tambahan untuk memenuhi keperluaan vitamin C. Perlukan vitamin C? Cubalah Vita-C Plus Shaklee.
![]() | ![]() |
Saya NAK BELI Vitamin C Shaklee Sekarang!
Mudah sahaja caranya!
